Thursday, May 3, 2012

APA YANG ADA DI DALAM SANA?

assalamualaikum. 

aku selalu tertanya, apa yang ada di dalam sana? apa yang sebenarnye tersimpan di dalam nya? di dalam hati mu. 

kerna aku, terkadang terbeban dengan apa yang di dalamnya. 

aku, tunduk menahan segala yang bebanan yang tergalas. aku tak mohon kau pikul bersama aku. biarlah. aku boleh menggalasnya sendiri. namun satu yang aku pohon, sila ringan kan bebanan itu. kasihani aku. 

ya imamku,

ye. kamu. kamu imam ku. yang pernah menunjukkan aku jalan ke syurga. yang pernah mencalit rasa syahdu menreima kucupan darimu sesudah salam. tapi mengapa kamu juga yang mempalit luka di kehidupan ku? salah apa yang pernah aku lakukan pada mu?

ya temanku,

ye. kamu. kamu kawan yang senantiasa berada di setiap bayangku. terjatuh, terduduk. pasti kamu juga ada di situ. tapi menagpa kamu juga yang menolak aku jauh dari tepian gaung kekecewaan? apa yang aku lakukan pada dirimu?

ya cintaku, kebahagianku,

ye, kamu. kamu. kamu. terima kasih atas segalanya. dan aku, maafkan segalanya. aku ikhlas. 


No comments:

Post a Comment