Sunday, April 22, 2012

BICARA HATI KE HATI.

hati,
maafkan hati ini kerana terlalu mementingkan perasaan sendiri. sehingga menutup segala pancaindera ku dari memahami kehendakmu. memaksa hati mu mencintai hati ku sedangakan bukan itu yang hati kau mahukan. maafkan aku, hati. aku tak tahu. aku tak pernah tahu. kerna aku pasti hati mu telah memilih hati ku untuk memulakan sesuatu yang baru. walhal hati mu masih memerlukan hati yang dulu. hati yang pernah bersame mu satu ketika dulu. maafkan aku. aku tak tahu. aku betul betul tak tahu. maafkan aku kerana terus menjadi bodoh. sedangkan sudah banyak cara yang kau tunjukkan kepada hati ku bahwa hati mu masih milik nya. maafkan aku. aku tak tahu. maafkan aku menjadi penghalang hati mu bersatu selame 9 bulan ini. maafkan aku menjadi penghalang nya. maafkan aku, kerna aku tak tahu. aku betul betul tak tahu. sudah banyak hati yang aku sakiti. aku biarkan hati seorang tua yang melahirkan aku menggangap hati mu mampu menjaga ku suatu hari nanti. tanpa memikirkan ade sekeping hati lagi yang turut mempercayai mu. lebih lama dari ku. yang telah menyerahkan semua hati nya untuk berada dalam genggaman mu. aku buta. aku pentingkan diriku. maafkan aku. aku tak tahu semua itu. maafkan aku.

hati,
jangan kau bimbang akan keadaan hati ku. kerna aku yang memilih jalan kehidupan aku sendiri. dan aku biarkan banyak hati yang terluka dengan kebodohan ku. dengan kebutaan aku. lalu hati, penyudahnya, biarlah aku yang tentukan. biarlah hati ini sahaja yang terluka. kerna aku sedar. sudah terlalu lama aku biarkan hati mu dengan nya merana terpisah dari satu sama lain. sudah lama aku meminjam perasaan cinta dan dicintai hati mu.   dan hati, aku berterima kasih atas itu.

hati yang disana,
maafkan aku. kerna mencuri cinta hati mu dahulu. aku tahu, aku tak layak. aku tahu kau telah banyak merana. jadi biarlah aku menjadi kan semua ini hanya satu penguat kepada cinta kau dan dia. kembali lah padanya. aku tahu kau akan. kerna hati nya, seputih kapas seindah pelangi. aku yakin dia akan menjaga hati mu kembali. maafkan aku selame ini. maafkan aku. kerna aku tak tahu. betul betul tak tahu.

dan hati yang aku cintai,
maafkan aku kerana membiarkan kau terluka. aku ingat, aku mengenali jasad yang aku pilih untuk menyerahkan kau. tapi malangnya aku tidak.maafkan aku hati.



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mal, nothing lah. hahahha.
    biase lah kitorang. :p tapi kau sempat tengok ape yang orang atas kau ni komem tak?

    ReplyDelete
  3. nia, bole tolong contact fa tak? got things to talk with you. nanti follow fa kat twitter, fa bagi numb phone. fa try follow you tak bole.

    ReplyDelete