Monday, July 30, 2012

MAAFI AKU CINTA.


Pesan mu, jagelah maruah ku walau kau tiada lagi di sisi. Tapi sedar kah kau, dikau yang sering mencalarkan maruah ku sebenarnya. Membiarkan aku terkontang kanting berbisik pada diri sendiri. Bahwa aku masih wanita yang mempuanyai sekelumit maruah. Aku penat menanges. Penat menangisi cinta ini.

Kau tahu, tika kita berselisih faham, pasti aku akan berkata. Ya Allah, biarlah dia pergi dariku. Kerna aku tidak sanggup lagi menanggunggg dosa ini. Aku ingin menjaga diriku. Menjaga dirimu. Dan kedua orang tua kita. Tapi tiap kali itu, aku tewas pabila kau datang menabur rindu. Kini, kau tinggalkan aku kerna aku pernah berkata tidak. Hanya kerna aku penat mengatur kehidupan seharian ku. Ingin memberi kan kau kejutan di malam ini. Aku menunggu detik tengah malam itu bersendirian. Di taman. Tiada orang. Tapi Allah saja yang mengetahui perasaan ini bila melihat riak wajahmu menerima kejutan itu. Jika berbanding dengan panggilan itu.  Sudahlah. Aku berhenti di sini. Ye. Aku mengalah. Maafkan aku. .

Jika aku diberi peluang untuk lahir semua. Aku masih mahu mengenali mu. Aku masih mahu menyintai mu. Tapi satu yang ingin aku ubah, adalah waktu pabila aku memulakannya. Aku akan berhenti. Berhenti dari memegang erat tangan mu.

 Ya Tuhan, aku terlalu mencintainya. Aku telah berikan jiwa ku kepadanya. Tapi jika memang ini yang Kau suratkan, apalah daya aku sebagai hamba mu yang kerdil untuk aku melawannya. Maka aku mohon, panjangkan lah jodoh ini. Kerna aku masih ingin dia menjadi imam ku yang sah. Sama sama bersujuud ke arah kiblat mu memohon seribu keampunan. Maafkan aku sayanggg aku pergi sebentar sahaja. Dan aku akan kembali bila mana waktu dan keadaan mengizinkan aku menjadi milikmu selamanya.

No comments:

Post a Comment